Iklan

Promosi:
Pakej Penjagaan dirumah
ZENI MOM'S juga menyediakan pakej penjagaan dirumah pelanggan dengan pekerja yang berpengalaman
Kursus Urutan Traditional
ZENI MOM'S juga menyediakan Kursus Urutan tradisional dengan kerjasama CEPP, UTM
Kursus Pentauliahan Induksi bersama JPK
ZENI MOM'S juga menyediakan Kursus Pentauliahan Induksi bersama JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran). Antara kursus yang disediakan adalah seperti berikut :
1. PP - PPD
2. PP - PPL
3. PP - PPT
ZENI MOM'S juga menyediakan pendaftaran DPIN (Pakar Industri Negara).
ZENI MOM'S juga menyediakan SKM tahap 2.
dari Pn. Aini!
Produk
 
Kami di Zeni Mom's Care menawarkan beberapa produk penjagaan ibu. Produk yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
 
 

BARUT/BENGKUNG

 

Amalan berbengkung dapat membentuk dan mengembalikan bentuk tubuh yang ramping serta membetulkan peranakan. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda.

 

Bengkung Zenimoms mempunyai reka bentuk yang selesa. Bengkung ini terdapat 2 bahagian tali yang membolehkan tali dibahagian dari pungung ke bawah dibuka dan bengkung boleh diselak tanpa memganggu bahagian atas.Bengkung ini juga mudah dipakai.

 

HARGA : RM 50.00

 

 

KOTAK TANGAS

 

Bertangas adalah bertujuan untuk membuang angin meroyan, mengecutkan rahim ,menyihatkan dan memperbetulkan kedudukan peranakkan. Bertangas juga dapat memecahkan lemak dan melancarkan perjalanan darah.Ia juga adalah untuk  mengeluarkan peluh busuk kotor badan dan penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan dengan segera.

 

Di Zenimoms kami menjual Kotak Tangas bagi memudahkan golongan ibu untuk melakukan proses bertangas dirumah dan boleh dilakukan sendiri.

 

HARGA : RM 100.00

 

 

DAUN HERBA MANDIAN / SAUNA

 

Ibu yang dalam pantang tidak digalakkan mandi terlalu kerap.Adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun. Air rebusan dedaun dapat mencantikkan kulit, mengharumkan badan serta dapat membuang angin badan. Selain itu dapat melancarkan peredaran darah dengan khasiat yang terkandung dalam daun herba yang di gunakan.

 

Daun herba mandian ini boleh digunakan untuk mandi berpantang dan untuk bertangas wap atau sauna.

 

HARGA : RM 30.00

 

 

BATU TUNGKU

 

Amalan bertungku dapat menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat dalaman yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Selain mengecutkan urat dalaman serta mengecutkan rahim kita ia juga berfungsi mengempiskan perut kita semula. Ia membantu mendapatkan semula bentuk badan asal dan boleh mengkuruskan badan.

 

HARGA : RM 40.00

 

 

TUAM BAYI

 

Tuam bayi ini adalah bertujuan untuk membuang angin dan mengelakkan bayi dari kembung perut. Tuam ini mengandungi herba-herba yang sesuai dan khasiat untuk bayi.

 

HARGA : RM 30.00

 
 
 

PELEKAT PENYEDUT TOKSIN (DETOX FOOT PATCH)

 

Kebanyakan Anamichi Badan (Titik Akupuntur) manusia berkumpul di tapak kaki. Bahan aktif Bamboo Vinegar - Cuka Buluh yang terdapat dalam Pelekat Penyedut Toksin bertujuan untuk merangsang Anamichi Badan dalam proses meyahtoksin dan membuang lebihan lembapan badan. Khasiat herba yang terdapat padanya dapat membantu dalam membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan serta toksin daripada badan manusia.

 

HARGA : RM 4.00 untuk 1 paket (2 keping Detox 1 paket)

         * RM 3.00 - 1 paket untuk belian lebih dari 10 paket
         * RM 2.50 - 1 paket untuk belian lebih dari 50 paket
 
* sila hubungi kami untuk mengetahui tentang produk diatas atau sebarang tempahan.
 
 
 
 
Kerusi Tangas
Image Detail
Kain Barut
Image Detail
Batu Tungku
Image Detail
Herba Mandian
Image Detail
Tuam Bayi
Image Detail
Detox Foot Patc...
Image Detail

 

 

 

Phoca Gallery