Iklan

Promosi:
Pakej Penjagaan dirumah
ZENI MOM'S juga menyediakan pakej penjagaan dirumah pelanggan dengan pekerja yang berpengalaman
Kursus Urutan Traditional
ZENI MOM'S juga menyediakan Kursus Urutan tradisional dengan kerjasama CEPP, UTM
dari Pn. Aini!
Pengasas

 

                                                                                                                                                   

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                                                                                                                Pn. Aini Amnah bt Adnan

 

 

Zeni Mom’s Care lahir dari usaha dan idea pengasasnya iaitu Puan Aini Amnah. Puan Aini Amnah mempunyai pengalaman selama 14 tahun sebagai tukang urut tradisional, secara tidak langsung memberi idea kepada Pn. Aini untuk membuka Pusat Penjagaan ini dan memperkembangkan lagi  Urutan Tradisional dengan lebih profesional.

 

Pn. Aini mempunyai impian iaitu untuk memperkembangkan perubatan tradisional termasuklah urutan tradisional melayu, urutan untuk ibu lepas bersalin dan cara amalan berpantang dan penjagaan kepada ibu-ibu salepas bersalin. Ini adalah bertujuan membantu dan memastikan warisan tradisional melayu tidak dilupakan dan terus diamalkan oleh masyarakat kini dan masa akan datang.

 

Kini hampir 14 tahun berkecimpung dalam bidang ini dan berbekalkan pengalaman yang ada Pn.Aini turut menjadi Tenaga Pengajar dalam bidang Urutan Tradional Melayu. Puan Aini membuka Kelas dan Bengkel Urutan Tradisional dan Rawatan muka dibawah anjuran Zeni Beauty & Spa. Selain itu Pn.Aini juga turut menyumbangkan pengetahuan nya dengan menjadi Tenaga Pengajar Urutan Tradisional  di C.E.P.P UTM ,KL. Pn. Aini juga mendapat undangan untuk menjadi tenaga pengajar diantaranya dari TCIM (Kem Kesihatan), KEMAS dan Pengusaha Pusat kecantikan.

 

Puan Aini sering melibatkan diri dalam kursus-kursus dan mesyuarat yang berkaitan dengan bidang Perubatan Tradisional. Puan Aini juga diundang menyertai mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan (TCIM) dalam  membentuk Silibus Pembelajaran Urutan Tradisional Melayu ,Pengunaan Herba-Herba dalam perubatan tradisional melayu. Menyertai  1'st International Conference for Biotechnology for Wellness bertempat di PWTC, Kuala Lumpur pada 5 & 6hb Ogos 2008.

 

 

There is no image in this category

 

 

 

Phoca Gallery